Sempena dengan sambutan Hari Tibi Sedunia 2016 yang bakal disambut pada 24 Mac ini, adalah diharapkan semua pihak agar menambahkan maklumat berkaitan penyakit Tibi dan mengambil tindakan sepatutnya apabila berhadapan dengan gejala-gejala penyakit Tibi. Hal ini bertepatan dengan tema Hari Tibi seduni tahun ini iaitu “Bersatu Hapuskan Tibi” (Unite to End TB).
Mari kita soroti Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Menurut laporan tersebut, pada tahun 2004, Tibi telah membunuh 1.5 juta orang di seluruh dunia yang terdiri dari 890,000 lelaki, 480,000 perempuan dan 140,000 adalah kanak-kanak. Ini bermakna, selaku orang awam, kita tidak boleh memandang ringan akan penyakit ini. Satu hal yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak tidak kira kakitangan kesihatan atau tidak, masih terdapat 37% dari kes Tibi yang dijangkakan ada dalam masyarakat masih gagal dikesan dan seterusnya dirawat. Implikasi dari situasi ini amat serius. Kita tidak boleh merasa senang tanpa mengambil langkah-langkah proaktif atau positif dalam melawan perebakkan kuman Tibi dalam masyarakat.
Statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan pada tahun 2004 penyakit Tibi tersenarai antara 5 penyakit berjangkit yang utama dan tertinggi di Malaysia dari tahun 2010- 2013 dengan kadar kes Tibi baru setiap tahun adalah 71.4-81.0 dan kadar kematian 4.8-5.7 bagi setiap 100,000 penduduk setiap tahun. Oleh itu, kita semua harus berganding bahu bersama-sama dalam menjayakan misi "Bersatu Hapuskan Tibi" dengan membantu dalam pengesanan awal dan rawatan awal.
Untuk menjayakan pengesanan awal, kita perlu ambil maklum akan gejala dan tanda-tanda penyakit Tibi. Andainya terdapat kawan, ahli keluarga atau jiran tetangga mengalami batuk berkahak, batuk berdarah, sakit dada dan juga tanda-tanda tidak spesifik lain iaitu hilang selera makan, hilang berat bedan, demam, berpeluh malam dan sentiasa letih, sewajarnya kita menasihati mereka untuk segera mendapatkan pemeriksaan. Namun, untuk penyakit Tibi selain paru-paru, tanda-tandanya berbeza. Sebagai contoh, Tibi otak biasanya menunjukkan gejala sakit kepala beberapa minggu diikuti oleh perubahan tahap mental dan boleh berakhir dengan koma.

![]() |
Sumber: Google |