Diet semasa anak-anak kita

Makanan memainkan peranan yang besar dalam menentukan kesihatan anak kita. Jenis makanan yang diambil, kuantiti yang dimakan tanpa mengambil kira gaya hidup yang aktif telah menyebabkan ramai kanak-kanak mengalami masalah berat badan berlebihan. Dapatan dari Survey Morbiditi Kesihatan Kebangsaan ke-3 (National Health Morbidity Survey III) yang dijalankan pada tahun 2008 menunjukkan 29.1% kanak-kanak adalah lebih berat badan (overweight) dan 14.0% obese. Kajian lain yang telah dibuat di kalangan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun di Semenanjung Malaysia mendapati peningkatan yang merungsingkan iaitu dari 11.0% (2002) ke 12.8% (2009) untuk lebih berat badan dan dari 9.7% (2002) ke 13,7% (2009) untuk obese.

Cuba perhatikan Geraf di bawah. Terdapat peningkatan yang ketara dari segi peratusan kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan dan obese. Sudah pasti situasi ini perlu diberi perhatian serius terutama oleh ibubapa, guru-guru dan juga semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak. Banyak perkara perlu diberi perhatian dari pelbagai sudut dan pendekatan. 


Geraf: Peratus lebih berat badan dan obese di kalangan kanak-kanak 6-12 tahun di Semenanjung Malaysia (sumber dari NHMS III).

Tunggu artikel seterusnya untuk perbincangan implikasi makanan tidak sihat dalam kalangan anak-anak. 



Faktor yang mendorong masalah kegemukan kanak-kanak




Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi masalah kegemukan anak-anak. Faktor ini boleh bertindak samada secara terus atau secara tidak langsung. Faktor ini boleh jadi berpunca dari gaya hidup ahli keluarga, persekitaran atau pengaruh rakan sebaya serta maklumat yang diterima dari media massa.

Ibubapa dan pendidik sewajarnya berusaha menangani semua faktor tersebut seoptima mungkin. 



















































Implikasi kegemukan dan kurang zat makanan semasa kanak-kanak



Pengambilan diet yang tidak sihat dan tidak seimbang dalam kalangan kanak-kanak boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan mereka. Kajian lepas juga mengatakan ianya memberi kesan negatif kepada prestasi pembelajaran mereka di sekolah (Best, Neufingerl, Van Geel, van den Briel, & Osendarp, 2010; Khor et al., 2011; Lalonde, 2014).

Kanak-kanak obese dan berlebihan berat badan dianggap sebagai satu masalah kesihatan awam yang serius yang perlu ditangani seawal mungkin kerana mempunyai perkaitan rapat dengan penyakit kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, tinggi paras lemak darah (Hamidi et al., 2006), dan kejadian kencing manis apabila dewasa (Florentino, Villavieja, & Laña, 2002; Langendijk et al., 2003; Larson & Story, 2013).

Manakala, pengambilan makanan yang kurang zat akan menyumbang kepada masalah kurang berat badan (BMI kurang dari 5th percentile), anaemia (kurang darah merah), kurang zat besi, iodin, zink, dan vitamin A (Best et al., 2010). Kajian di Malaysia menunjukkan 37.1% pelajar sekolah kurang vitamin D dan 18% - 33% kanak-kanak pra-sekolah kurang zat besi.
 
Sumber: Google