Implikasi kegemukan dan kurang zat makanan semasa kanak-kanak



Pengambilan diet yang tidak sihat dan tidak seimbang dalam kalangan kanak-kanak boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan mereka. Kajian lepas juga mengatakan ianya memberi kesan negatif kepada prestasi pembelajaran mereka di sekolah (Best, Neufingerl, Van Geel, van den Briel, & Osendarp, 2010; Khor et al., 2011; Lalonde, 2014).

Kanak-kanak obese dan berlebihan berat badan dianggap sebagai satu masalah kesihatan awam yang serius yang perlu ditangani seawal mungkin kerana mempunyai perkaitan rapat dengan penyakit kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, tinggi paras lemak darah (Hamidi et al., 2006), dan kejadian kencing manis apabila dewasa (Florentino, Villavieja, & Laña, 2002; Langendijk et al., 2003; Larson & Story, 2013).

Manakala, pengambilan makanan yang kurang zat akan menyumbang kepada masalah kurang berat badan (BMI kurang dari 5th percentile), anaemia (kurang darah merah), kurang zat besi, iodin, zink, dan vitamin A (Best et al., 2010). Kajian di Malaysia menunjukkan 37.1% pelajar sekolah kurang vitamin D dan 18% - 33% kanak-kanak pra-sekolah kurang zat besi.
 
Sumber: Google

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »