Diet semasa anak-anak kita

Makanan memainkan peranan yang besar dalam menentukan kesihatan anak kita. Jenis makanan yang diambil, kuantiti yang dimakan tanpa mengambil kira gaya hidup yang aktif telah menyebabkan ramai kanak-kanak mengalami masalah berat badan berlebihan. Dapatan dari Survey Morbiditi Kesihatan Kebangsaan ke-3 (National Health Morbidity Survey III) yang dijalankan pada tahun 2008 menunjukkan 29.1% kanak-kanak adalah lebih berat badan (overweight) dan 14.0% obese. Kajian lain yang telah dibuat di kalangan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun di Semenanjung Malaysia mendapati peningkatan yang merungsingkan iaitu dari 11.0% (2002) ke 12.8% (2009) untuk lebih berat badan dan dari 9.7% (2002) ke 13,7% (2009) untuk obese.

Cuba perhatikan Geraf di bawah. Terdapat peningkatan yang ketara dari segi peratusan kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan dan obese. Sudah pasti situasi ini perlu diberi perhatian serius terutama oleh ibubapa, guru-guru dan juga semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak. Banyak perkara perlu diberi perhatian dari pelbagai sudut dan pendekatan.

Geraf: Peratus lebih berat badan dan obese di kalangan kanak-kanak 6-12 tahun di Semenanjung Malaysia (sumber dari NHMS III).
Tunggu artikel seterusnya untuk perbincangan implikasi makanan tidak sihat dalam kalangan anak-anak.

Share this

Related Posts

First